Enam individu maut manakala lima cedera parah dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kampung Pandasan, Kota Belud pagi tadi.

Mangsa maut di tempat kejadian manakala yang cedera dikejar ke Hospital Kota Belud.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.59 pagi.

Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan, katanya.

Kemalangan membabitkan Proton Saga, Proton Gen 2, Toyota Hilux dan Perodua Kancil.

LEAVE A REPLY