Tiga beranak ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah unit pangsapuri di Taman Sri Sinar, Segambut, tengahari tadi.

Mangsa, Cheah Hing Soon, 34 tahun, ditemui mati dalam keadaan terbaring di dalam bilik tidur utama manakala bayi lelaki berusia tujuh bulan dan anak perempuan berusia tiga tahun ditemui dalam bilik berasingan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, mayat kanak-kanak dan bayi itu ditemui dalam dua bekas plastik di bilik terbabit.

Pemeriksaan awal mendapati mayat bayi lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan pada badan.

Berdasarkan keadaan mayat, tiga beranak itu dipercayai telah mati lebih daripada 72 jam.

Siasat awal juga mendapati tiada kesan pecah masuk di pangsapuri berkenaan namun rumah dalam keadaan tidak terurus.

Tambah Munusamy, polis menahan isteri mangsa yang tinggal bersama dua lagi anak mereka di rumah lain untuk disoal siasat.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

LEAVE A REPLY